episod dua.

menembusi tingap lut cahaya, matahari pagi datang menjamah mia yang sedang terduduk kemas di atas toilet bowl dan kepalanya terlentok kebelakang. bahang cahaya pagi sedikit demi sedikit dirasai oleh mia. mia mula terkesip-kesip merasa panas lalu matanya mulai terbuka. 

selama beberapa minit mia menenung siling tandasnya, mia kemudian tergelak kecil kerana ubat tidurnya yang berbaur julap ternyata menjadi. mia bangkit bangun dan mengusap punggungnya berkali-kali. terasa punggungnya mula bercorak bujur bekas permukaan mangkuk tandas. kebasnya jangan dikira.

.
.
.

jam didinding menyatakan bahawa mia seharusnya sudah menelan sebungkus breakfast. mia berlalu ke dapur dan mencari apa yang boleh dibedal memandangkan perutnya sudah sepenuhnya kosong dek perlaburannya sepanjang subuh tadi namun pencariannya menghampakan. iceboxnya penuh dengan barang-barang basi yang sepatutnya sudah dihumban ke dalam tong sampah.

'ah, brunch je lah nanti.' 

mia lalu ke ruang tamu dan menonton cerita kartun pagi.

sedang asyik mia menonton mickey mouse clubhouse, handphone mia berbunyi..


#bersambung.....

episod satu.

'arghhhh. babi.' mia menggosok-gosok matanya.

insomnia mia dari malam kelmarin dibawa sehingga ke malam ini. puas habis mia sedut pil tidur berkatun-katun, tapi masih lagi dia berjaga. masuk hari ke-tiga, mata mia masih segar-bugar seperti pekena nescafe o kaw yang mana kafeinnya lagi kuat dari secawan kopi kosong biasa.

mia mengcangkung atas kerusi kayu buatan wangsa maju, tangannya menongkat dagu dan matanya memandang penuh taksub akan skrin komputer old schoolnya.

sambil itu fikiran mia melayang mengambil angin lama. 

.
.

'kenapa kau pandang aku macam tu?'
'saje. sebab nanti aku tak dapat pandang lagi.'

mia genggam erat tangan keyo.
keyo balas dengan menggenggam lagi erat.


'datang lah Ipoh.'
'ahhh. malas lah.'

.
.

bunyi hujan lebat turun dari langit Kuala Lumpur tersedarkan mia dari berangan. lalu segera mia tutupkan tingkap yang berada disisi kirinya.

jam di didinding menunjukkan 4:05 AM.
mia merebahkan badannya diatas katil. kot-kot usaha untuk tidurnya menjadi..

#bersambung.....